amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday, 1 April 2011

RIP Green Fipper

Ingat lagi pada selipar hijau ini?

RIP


Hari ini, Jumaat 1st April, aku pegi Jemaat di Masjid. Pakai selipar ni.
Aku port selipar ni di tempat biasa aku port alas kaki aku, disebelah sayap kanan masjid.

Abis solat, tengok selipar dah hilang. Terkeluar juga 2-3 perkataan yang tak best dari mulut aku...
Selipar tak de harga macam tu pun ada makhluk nak kebas?
Selipar tu memang baru sangat lagi. Aku jarang-jarang pakai.

Kalau dapat mamat mencuri tu, aku cuma nak gi rumah dia, jumpa mak bapak dia. Nak tanya sikit la sama mak bapak dia, masa tengah bikin dulu, ada baca bismillah tak? Ke main celup je? Tu yang dapat anak lebih dasat dari antu. Pegi masjid bukan nak solat, buat bising bercakap, main kejar-kejar, ngisap rokok belakang tandas. Lepas tu mencuri. Orang Pahang kata Hempurasss....

Orang macam tu, memang tak de perasaan takut langsung pada tuhan. Ntah2 dia tak percaya pun tuhan ni wujud. Islam sebab nenek moyang dia islam. Pegi masjid sebab orang lain pun pegi.

Orang macam tu, memang patut lah dikerat tangannya. Jahat sangat.
Aku bukan nak berkira sangat dengan selipar aku tu, tapi geram sebab berjumpa dengan makhluk yang tak reti takut dan hormat pada orang lain dan juga pada Allah.

Aku halalkan selipar tu. Amik lah.... orang lain tuhan uji lebih berat lagi. Minggu depan aku beli lain.... atau ada diantara kamu nak bagi hadiah sama saya? He he

No comments:

Post a Comment