amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Friday 8 April 2011

Telur Tiruan

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.
"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan. - BERNAMA

----------------------------------------------------------------------------

Oh no.... telur pun derang ni berjaya tiru?
Hebat tul kepala hotak orang cina ni...ingat seluar jeans dan enset nokia je derang terer tiru....








Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.
Telur yang di rebus mudah pecah dan kurang anjal tidak seperti telur asli yang agak anjal isinya.

Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi.

Telur kuning yang menggunakan kalsium klorida di buat menggunakan acuan khas.

Dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya.

Direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning.


Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu.
Walau bagaimana pun telur tiruan agak mudah pecah berbanding yang telur asli.

Ermmm..nampak macam telur goreng ori.

 Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli. Yang sebelah kiri tu adalah telur tiruan.


Cara mudah, jangan beli telur ditempat yang diragui... beli je jenis Omega ke hapa kat hypermarket. Biasanya, kat Hypermarket ni tak jual telur tiruan. Tak pun, pegi curi telur di dalam reban ayam jiran anda.

Selamat makan Tulur...





Nota kaki: Bab curi tulur tu aku melawak je... Islam tak kasi curi2 ni




http://www.youtube.com/watch?v=0US7JEfhsrA

No comments:

Post a Comment