2-3 Hari ni, otak aku asyik duk terpikir pasal nenas. Pusing kanan, nenas. Pusing kiri, nenas. Tengok atas, nampak nenas jugak. Pegi stesen minyak tadi pun, jumpa nenas. Nak amik air dalam chiller pun, ternampak jus nenas. Pegi bahagian biskut2, jumpa tat nenas.... aduhai...
So ari ni nak bercerita pasal nenas. Apa yang aku tahu, pada hari semalam, terbaca satu artikel didalam sebuah buku, pasal nenas di Malaysia. Rupa-rupanya, Nenas merupakan satu industri berasaskan tani yang terawal di Malaysia yang mana ianya di lakukan dengan tujuan ekspot. Seawal tahun 1888, seorang Pelaut pencen membuka industri ini di Johor. Nenas yang ditanam, akan di Tin kan, dan dieksport keserata dunia. Itu adalah produk eksport pertama Malaysia (??), mengikut kata penulis artikel tersebut.
Lain-lain fakta yang berkaitan, adalah sangat membosankan, dan boleh membuatkan anda terus tertidur dengan lena jika membacanya, atau terus mati dek kerana kebosanan yang melampau.
Oleh sebab itu, saya telah menggunakan Pakcik Gugel, untuk memberikan sedikit info yang sangat menarik dan tidak membosankan anda. Sila lah baca:
1. Apabila kita mengerat/ memproses buah nenas dirumah, bahagian atas, bawah dan empulurnya kita akan buang di dalam tong sampah. Tapi bagi industri nenas, ianya berguna untuk menghasilkan cuka, alkohol dan makanan sampingan bagi ternakan.
2. Sepohon nenas, hanya menghasilkan sebiji nenas setahun ( ni semua orang sudah
tau)
3. Memakan buah nenas yang belum masak, bukan sahaja mempunyai rasa yang tidak sedap, tetapi ianya juga agak beracun sehingga boleh menyebabkan radang pada tekak dan sakit perut yang amat sangat dalam tempoh yang lama.
4.Nenas merupakan satu tumbuhan yang lambat membesar. Jika dibiarkan pada pokoknya, nenas mengambil masa 2 tahun untuk masak dan boleh membesar sehingga 9kg. Nenas yang kita makan pada hari ini, di petik muda, dan diperam sehingga masak.
5. Jika dalam masa memeram buah nenas tu tadi, ada rasa lama sangat, sedangkan anda menggelupur nak makan nenas tersebut, anda boleh percepatkan proses itu dengan memeram nenas secara 'upside down'. Iaitu, mahkotanya disebelah bawah.
6. Nenas bersifat diuretik dimana ianya berfungsi untuk menggalakkan perkumuhan air kencing.
7. Enzim Bromelain yang terdapat di dalam nenas, boleh digunakan untuk melembutkan daging. (tenderiser)
Perkara nombor 8 ni, aku just copy dan paste dalam bahasa omputeh... ko cari la kamus sendiri untuk memahaminya.... aku malu nak tolong translatekan untuk korang...
8. There are a lot of foods that affect the taste of your seminal or vaginal fluids, but pineapple is one of the strongest. Eating a lot of pineapple makes you taste sweeter, and less ‘fishy’. (???? siyes meh ????)
9. Kebanyakkan bahasa dalam dunia ini, memanggil nenas dengan nama Ananas.
10. Membeli sekilo nenas di pasar, tidak akan membuatkan anda jatuh miskin. Silalah beli nenas bila korang rasa nak jadi " sweeter and less fishy" ...haha
RUJUKAN SAYA
No comments:
Post a Comment