amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Saturday, 23 April 2011

Terbit v/s Tenggelam

Persoalan: Mana lagi cantik , Matahari terbit atau terbenam? Apa bezanya diantara dua tu?

Tiada jawapan yang betul-betul tepat. kerana, kedudukan seseorang ketika kedua-dua fenomena itu berlaku adalah memainkan peranan yang penting. Ini kerana darjah matahari itu memberikan efek pada penglihatan mata kita. Ada tempat, ianya amat cantik ketika terbenam, dan biasa sahaja ketika terbit, dan begitulah sebaliknya.

Tetapi, pada kebiasaannya, sunset lebih vibrant dan cantik dari sunrise. Ini kerana, pada ketika sunset, suhu yang panas (hasil dari pemanasan sepanjang hari) memberi kesan kepada atmosfera. Begitu juga dengan kehadiran partikel2 halus dan seni di dalam atmosfera yang menyebabkan cahaya ketika sunset menjadi cantik.

Berlawanan dengan sunrise, dimana, kebiasaannya, partikel2 halus seperti debu dan sebagainya, mendap, atau jatuh kebumi pada waktu malam. Jadi, tahap 'glowing'nya ada sedikit kurang. Kecualilah di kawasan itu berlaku jerebu atau terdapat debu hasil dari letupan gunung berapi dan sebagainya. Suhu yang sejuk dan kehadira kabus serta wap air, menjadi seperti penapis cahaya yang mana, menyebabkan sunset kurang berseri.


Bagi aku, dua-duanya adalah cantik. Cuma antara pandai atau tidak seorang photog itu memanipulasikan sedikit cahaya yang ada untuk dipersembahkan dalam bentuk digital.

Kat bawah ni, sunset dan sunrise yang berjaya aku rakam kan. Tak cantik mana pun. Tapi harap kamu santai melihatnya...

Sunrise - Sagu, Kuantan Pahang





Sunset- Klebang, Malacca

Bestnya kalau dapat duduk kat dalam umah di bangunan apartment berkembar tu. Mesti pemandangannya cantik amat.   



Dah amik, sampai kat hotel, tengok balik, baru perasan, kat dalam laut di belakang kereta tu, ada biasan cahaya bulan. Rugi tul tak dapat manfaatkan biasaan tu. Maybe next time.

So, korang suka sunset atau sunrise?

No comments:

Post a Comment