amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 10 April 2011

Cicak Kubing

Dalam Bahasa Omputeh Chameleon?

Tapi hasil Google, Chameleon lebih gemuk dari menatang yang aku amik ni. Mungkin sub-spesis kut? Spesis Mesia kurus2 slim ala - ala model iklan sabun.

Pagi tadi ujan. So aku duk tercanguk belakang rumah tengok air ujan. Sekali terperasan menda ni kat atas ranting pokok ceri mati.

Apa lagi, amik lah gambar.

Tapi rupanya, makhluk cicak kubing ni garang gila. Di acahnya aku. Masa tu, tengah zoom baekk ... sekali dia acah, melompat aku. Haha... ye lah kan, kat dalam lensa, nampak besar dan dekat. Sedangkan masa tu aku berada dalam jarak 10-15 meter dari cicak tu.

Last2, cicak tu fed up ngan aku. Dia belah pegi tempat lain pulak. Mungkin pergi jenjalan  cari makwe.

Si Cicak ni cuba nak gigit aku

Tapi dia lompat tak jauh. Ranting sebelah je. Tu pun nasib baik sempat dia capai ranting tu, kalau tak, tergolek kebawah la dia. Kalau korang perati betul-betul, muka dia tengah pucat tu.... jantung berdebar-debar.... haha

Tengah angin satu badan tu. Kasi tunjuk kaler oren terang sama aku.

Sejuk dah hati dia. Berberapa minit selepas gambar ni, si cicak ni lompat kebawah pergi cari awek.

3 comments:

  1. nice post, sensei...
    btw saya suke dan slalu sangat tangkap ciak kubing ni atau kat tempat lain ada yg panggil pokko dan mengkarung, tapi kat perlis, saya punya kampung diorg panggil "Tengkoi" (betul ke eja ni lol)
    binatang ni kalo tangkap, cara nak jinakkan dia adalah dengan mandikan dia slalu, mula2 dia akan garang gile, malah kalo gaduh ngan tengkoi lain, boleh sampai darah2 dan abis berlubang badan sbab gigi dia tajam, tapi kalo lama2 dah slalu mandikan dia, dia akan kenal tuan dia dan cuma merayap kat tuan dia jee, kat org lain dia akan lari..

    ReplyDelete
  2. boleh saya tanya cicak ni dia makan ape ye?...sbb saya ada satu kecil lagi dan tak tahu nak bagi makan ape

    ReplyDelete