amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 21 April 2011

Happy Birthday Boss

Enche Md Shukri Abd Rahman
21st Apr

Tuan-tuan dan puan - puan semua, mamat dalam gambar kat atas tu, adalah ayah aku. Hari ni besday dia. Kebetulan pula, dia baru je sembuh dari demam denggi tidak berdarah. So, semua tumpang hepi sama dia.
Petang tadi, balik dari kerja sebagai seorang secret agent, aku terus pegi melawat mamat tu, sambil bawak sedikit hadiah dan sambal belacan.

Apa? sambal belacan?

Ha ha, ye lah. Mamat ayah aku ni, memang suka makan sambal. Dulu, masa zaman aku tak tahu malu, dah besar panjang pun masih duk ngan dia, selalu aku bikinkan sambal untuk dia.


Mamat ayah aku ni, agak cerewet juga. Dia tak mo sambal blender. Tak best katanya.

So hari ini, setelah mungkin 5-6 tahun aku tak memproses sambal belacan, akhirnya, seorang secret agent terpaksa mencemar duli untuk main lesung.

Bahan Mentah

Proses membakar belacan. Seorang secret agent seperti aku, hampir pitam ketika proses ini kerana bau belacan itu serupa bau bom nuklear  geng mafia itali

Hijau dan merah...

Belacan made in malacca

Tomato dan Limau nipis, serta sedikit garam dan gula

Bukan ada 'pertandingan menghias sambal belacan anda'. So aku letak apa menda yang patut, dan sungguh, amat tidak menarik perhatian. Hiasan ala kadar konon konon nya.  Tapi, kalau Justin Beiber nampak, dia makan sampai licin.....



p/s: Sampai sekarang ni, tangan aku masih berpijar lain macam. Habis tu macam mana aku nak menjalankan tugas aku sebagai secret agent pada hari esok?

No comments:

Post a Comment