amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Wednesday 27 April 2011

Taklimat S.O.P Teknikal Paintball

Tarikh: Hari ini, petang tadi, haribulan aku betul2 tak ingat. Korang
            cek kalender sendiri ye?

Masa: Lewat Petang tadi...

Tempat: Markas Secret Agent

Hari ini, secara tiba-tiba aku dipanggil ke markas Secret Agent untuk menghadiri taklimat berkaitan dengan Standard Operating Procedure berkaitan dengan Sukan Paintball.

Memang berat hati nak pegi tadi, sebab aku tengah melayan cerita sponge bob dalam tv, tapi sebabkan taklimat ini sungguh penting bagi aku jadi 'Marshall' untuk acara Paintball ini, so aku gagah jugak pegi petang tadi.

Walaupun aku dah biasa dengan Paintball ni, tapi taklimat ini membuka mata aku juga berkaitan dengan berberapa perkara teknikal yang aku tidak ketahui sebelum ini, antaranya SOP Keselamatan peserta dan cara untuk servis Marker ( Senapang paintball itu).

Akhirnya, taklimat yg dijangkakan bosannnnn gile tu, memberikan aku sedikit maklumat untuk aku terus maju dalam sukan paintball ini.

Semua gambar ini aku amik secara curi curi guna enset. Kat markas secret agent, mana bleh amik gambar. Nanti kena hukum basuh jamban.

Rak marker buat sendiri? Ish Ish Ish.....

Sepanjang taklimat, mata aku tertumpu pada pantry kat belakang sana. Macam best je biskut dalam tin tu.. Tunggu jugaklah derang pelawa sekeping dua, tapi harammm!!!

Penolong Ketua secret agent !!!!

Marker jenis Azodin Kaos... Entry level yang tak sampai seribu ringgit. Bercadang nak beli satu buat koleksi.

No comments:

Post a Comment