amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 8 May 2011

Fettuccine Carbonara and Sicilian Salad

Hoho.... Hari Ibu, jadi kaum bapak kena masak. Mak-mak dan ibu-ibu duk rilek dalam spa.
Jadi hari ni aku mencemar duli, masuk dapur untuk masak Fettuccine Carbonara dan Sicilian Salad , Amriezuka style.

Fettuccine Carbonara:
Bahan mentah yang boleh dibeli di Giant. Dried Oregano Leaves, Black Paper Chicken Ham, Fettuccine, Parmesan Cheese dan lain-lain seperti garam dsb.

Chicken Ham Diced!!!

Fettuccine lebih kasar dari spaggeti, so lagi sedap jika makan dengan carbonara yang pekat dan creamy tu. Ni aku rebus untuk 5 -7 orang makan dalam 250gm.

Untuk 250gm Fettuccine, aku gunakan satu senduk parmesan. Tapi terpulanglah pada korang nak letak banyak mana. Lagi banyak, lagi pekat, lagi melekat , lagi terangkat. Selepas letak Parmesan, baru lah masukkan sos carbonara cendawan tu. Satu tin, sesuai untuk 250gm Fetuccine. Aku pilih yang segera dalam tin, sebab cepat dan cukup dengan spice serta mushroom di dalamnya. Kalau guna double cream, kena cari spice dan mushroom pulak. Leceh!

Oregano Leaves, dalam 2 sudu besar.

Sedikit kering, salah satu sebab, gambar ni aku amik selepas 15 minit masak, ada hal yang menghalang aku terus amik gambar. Carbonara sesuai untuk dimakan panas-panas kerana ianya tidak begitu pekat. Makin sejuk, makin pekat melekat.

Sicilian Salad:

Coral Salad, Zucchini, Capsicum, Cherry Tomato, Olive oil, Lemon Juice and Dried Tau Foo

Tauhu kering ini berguna untuk menyerap jus lemon dan olive oil, jadi, Juicy sensation dapat diwujudkan ketika sedang 'hadap' salad ni. Ianya juga berguna untuk memberikan tekstur yang berbeza . Bawang Holland digunakan kerana faktor warna, dan tekstur. After taste dari bawang ini juga lebih lasting dari bawang besar biasa. Tauhu kering ni lah yang menyebabkan Salad ini dipanggil Amriezuka style.... org lain mana ada guna.... haha

Capsicum kuning lagi mahal dari merah dan hijau. Sebab ? Kuning tu cantik. Warna LOS kata sorang tu.....Aku simply pilih kuning sebab memberikan warna yang kontras dari benda2 lain. Cantik je nampak....Zucchini dipotong panjang bagi penampilan yang pelbagai.

Minyak zaitun biasa, bukan virgin atau extra virgin. Aku guna 2 setengah senduk.

Lemon Jus... ikut sedap picit. Lemon Jus ini datang dari Itali. Tapi aku beli sebab kalau beli lemon betul, kena main perah2 pulak. Buang masa de. Dan sebab itu juga salad ini dipanggil Sicilian Salad, penggunaan Lemon jus dan Olive oil. Cuma aku tak gunakan spice lain seperti parsley , coriander dan oregano sebab kat dalam Fettuccine dah ada. Lagi pun, lagi simple, lagi sedap rasanya. tak perlu terlampau rich.

Jom makan dengan saya..... terutama Ibu-ibu diluar sana.... Selamat Hari Ibu!!!!!
 P/S: Aktiviti masak memasak diatas dijalankan dengan iringan lagu dari kumpulan Burzum.... Black Metal ....hell yeah!!!!!

No comments:

Post a Comment