amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei setiap tahun, merupakan hari yang dipilih istimewa untuk meraikan guru-guru yang ada di bumi Malaysia ini.

Pada hari ini, macam-macam aktiviti yang ada. Boleh dikatakan, ianya menjurus kepada guru itu sendiri dengan murid2 sebagai penonton. Masa ni lah cikgu2 nak tunjuk bakat. Yang reti main bola, dia main bola sampai tercabut tapak kasut. Yang reti menyanyi, sampai pecah speaker di kerjakannya... ringkas kata, murid-murid seronok tengok cikgu, dan seronok kerana tak payah bawak beg, tak payah belajar dan dapat makan free.

Cikgu2 , masa ni, seronok terima hadiah. Siap berbadi, siapa paling banyak dapat hadiah, dia cikgu glamer yg disukai murid. Cikgu Disiplin yang usung rotan ke hulu ke hilir... dapat habuk je lah.

Masa ni, mak bapak pening kepala sebab anak mintak duit nak beli hadiah. Lain pula cerita Tokey kedai cenderahati, senyum sampai telinga.
Ada sorang guru tahap otai cerita, satu bilik kat rumah dia, khas buat simpan menda-menda yang dia dapat dari muridnya..... 25 tahun punya koleksi. Dah boleh jadi muzium.....


Itu lah resam Hari Guru di Malaysia ini.

Tetapi, kalau kita ajukan satu soklan pada mereka ini, belum tentu mereka ini tahu jawapannya....
soklannya adalah:

"Kenapa sambutan di buat pada 16 Mei"?

Haaaa?
kenapa?
kenapa tidak tarikh lain?

Sebab pada tahun 1956, dalam Malaysia sedang bersiap sedia untuk mendapatkan kemerdekaan dari omputeh, salah satu usaha untuk menyiapkan negara, adalah dengan menyiapkan proposal atau Laporan yang berkaitan dengan hala tuju sistem pendidikan di negara ini. Dan Laporan itu, dikenali sebagai "PENYATA RAZAK".

Penyata ini telah diserahkan dan diterima pakai pada tarikh 16 Mei 1956. Oleh sebab itu, hari guru, dipilih pada tarikh tersebut.

Diserata dunia, tarikh sambutan hari guru ini berbeza-beza. Tetapi, Bagi peringkat dunia, ianya di sambut pada 5 Oktober setiap tahun .

Di bawah ini adalah tarikh2 sambutan seluruh dunia:



15 Jan.   Venezuela. 

16 Jan.   Thailand. 
28 Mar . Czech Republic
13 Apr.  International Librarian’s Day. Ecuador
30 Apr.  Paraguay.
15 May. South Korea, Mexico and Columbia
16 May  Malaysia
6   June. Bolivia
22 June. El Salvador. 
25 June. Guatemala. 
29 June. Nicaragua. 
30 June. Dominican Republic. 
5   Sept. India.
17 Sept. Honduras
23 Sept. Brunei.
5   Oct.  World Teachers Day 
15 Oct.  Brazil.
3   Nov. Japan.
23 Nov. Costa Rica.
22 Dec. Cuba.

Kebanyakkan Negara di UK, tidak menyambut Teacher's Day.

Selamat Hari Guru kepada semua Guru-Guru.....

No comments:

Post a Comment