Sebagai secret agent yang diberi tauliah oleh Yang Dipertuan Agong, Mulai esok sampai Jumaat ni, Aku akan pergi bertugas di perbatasan melatih Rekrut-rekrut baru supaya mereka boleh dipersiapkan untuk menjadi secret agent seperti aku.
Pada kali ini, skop latihan lebih kepada survival peserta. Kemahiran Tali Temali Aras tinggi juga akan di dedahkan pada budak-budak berhingus ini supaya mereka jadi berani seperti aku.
Ye lah kan, Secret Agent, macam dalam cerita James Bond tu, mereka selalu turun bangunan tinggi guna tali je... Rekod peribadi aku, pernah turun dengan tali dari tingkat 11 sebuah bangunan di Bandar Anggerik sana. Tu cerita lama.... kali ini latihan dalam 3 tingkat je... atau mungkin rendah lagi sebab perut besar aku, belum tentu muat nak pakai Harness ( melayu panggil abah-abah, pasai pa? aku pun tatau) segala.
|
Kalau kasi campak dalam Triton ke, kereta lembu ke, kan senang? |
|
Peraduan mengira khemah.... sila hantar jawapan anda kepada markas secret agent sebelum 23 Nov 2011. Keputusan hakim adalah muktamad |
|
Harga menda alah ni, lagi mahal dari semua benda yang ada dalam gambar nombor 2 ( minus the car laaaa.... ) |
|
Barangan PETZL.... memang lazat. Ringan dan Kukuh. Diguna diseluruh dunia, termasuk dalam misi memanjat Everest . |
|
Kerana aku jadi bos kepada bebudak ingusan tu semua, kali ni, aku tido atas tilam angin... haha... jangan korang semua jeles sama aku. Eh, apsal dia kata " This airbed is green" tapi tilam kaler biru? buta warna ke hapa? haha... sila baca betul2 |
No comments:
Post a Comment