Mummy aku ni, suka membaca. Ulat Buku. Dia suka baca surat khabar dan Reader's Digest. Dia suka buat buku-buku skrap berkenaan sesuatu perkara yang dia suka. Anak-anak masa belajar di Universiti, banyak dia yang tolong siapkan assignment. Dia akan mencari bahan-bahan dan kasi pos sama kita orang. Sudahnya, kenkadang, dia lebih pandai dari kita orang.
Mummy aku ni juga suka akan berkebun. Habis kawasan setengah ekar di bikin kebun bunga, tiap-tiap pagi dan petang, kalau nak cari mummy aku ni, kena cari celah-celah pokok. Nak pergi berjalan lama-lama 2-3 hari pun dia tak mahu, takut pokoknya mati tak bersiram. Malah, ketika aku habis sekolah, dia memberi galakkan pada aku utk mengambil jurusan Seni Rupa Bumi ( Landscape). Dan dia lagi pandai hafal nama pokok dari aku. Ha ha
Mummy aku, mummy paling best!!!!!
Kamariah@Norizah bt Mohamed |
Selamat hari Ibu ......
No comments:
Post a Comment