amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Sunday, 22 May 2011

K4 Menindas Orang Lelaki

Malam semalam, aku pegi K4.
Adalah sedikit barang yang perlu di beli di Hypermarket tu.

Aku pegi ngan kawan aku. Dia pun nak beli barang.
Disebabkan semalam hari Sabtu, so aku kena bawak shopping bag sendiri. Dan biasanya, memang aku bawak sendiri sebab kat rumah aku memang bersepah-sepah shopping bag yang datangnya entah dari mana.

Dalam banyak2 shopping bag, aku suka bawak yang berwarna  biru tu. Jenis kanvas tahan lasak , dan cukup besar untuk dimuatkan segala jenis benda yang aku beli. Saiznya lebih kurang besar troli yang ada di K4 tu. Bag ni, sangat kukuh, setakat barang dapur 10-20 kg tu, memang tak koyak lah. Shopping bag ni, aku beli di sebuah kedai perabot di Damansara sana.

Jadi untuk memudahkan aku bawak shopping bag ni, aku bubuh lah  kat dalam Deuter aku. Lagi pun, biasanya, dalam Deuter tu, aku letak DSLR. Aku tak tinggal DSLR dalam kereta. Dan, nosebag untuk DSLR memang tak selesa nak bawak kesana kemari.

Jadi apabila sampai di pintu masuk K4 ni, aku kena tahan di Mak Guard tu. Dia suh letak Cable Tie kat zipper Deuter aku.

Cable Tie

Sebab dan alasan dia mudah sahaja, Takut aku ni pencuri keturunan penyamun. Takut aku curi barang dalam kedai dia, buh dalam bag tu.

Macam la aku ni penyangak .

Jangan masa dia kerat Cable tie tu, terkerat aku punya zip sudah!!!!

Ok lah, itu peraturan mereka. Bagus juga mereka buat cam tu, dari Giant yang terus tak bagi bawak masuk. Satu kerja gila jika aku tinggalkan Deuter aku yang ada DSLR di dalamnya, di kaunter bag.

Cuma aku tak puas hati, kalau orang pompuan yang bawak bag, samada jenis macam Deuter ini atau handbag gedabak, tidak lah pulak mereka ikat tali kat situ.

Ini namanya diskriminasi gender!!!

K4 Menindas Kaum Lelaki!!
K4 Melabel Org Lelaki Sebagai Penyamun!!!

Hoi K4!!! Orang Pompuan pun mencuri dan menyamun jugak tau....

Tapi tak pe lah..... aku suka jugak pegi K4. Kena ikat pun, ikat lah....

No comments:

Post a Comment