amriezukasensei part 1

http://amriezukasensei.blogspot.com/
amriezukasensei part 1

Thursday, 26 May 2011

Sikit Punya Gila

Semenjak dua menjak ni, aku duk layan drama klasik di Utube.
Bukan apa, cuma nak recall balik kenangan zaman budak2 dulu.
Lagi pun, ianya menjadi satu topik panas dibincangkan di pantry ofis aku.

Antara cerita yang top, adalah cerita Sikit Punya Gila lakonan Dharma Harun dan Hamid Gurkha.

Ianya adalah satira kepada kehidupan masyarakat pada ketika itu. Realiti dan berpijak pada bumi yang nyata tanpa ada selindung-selindung lagi. Tidak seperti drama hari ini yang membosankan lagi bikin tekak mual semacam bila nontonnya.

Wow factor dalam cerita era sekarang, hampir tiada, dan sungguh kata, aku dan bertahun tak menonton cerita melayu.

Cara pembikinan cerita zaman dulu memang simple habis. Skrip tangkap muat dengan elemen spontan. Tapi bila direnung kembali, ini adalah penyeri kepada cerita itu sendiri. Kesederhanaan.

kat bawah ni, klip utube berkenaan aktiviti masa lapang orang zaman dulu. Ianya mungkin fantasi, tetapi aku percaya, diluar sana, ini merupakan satu aktiviti yang real dan pernah berlaku.



http://www.youtube.com/watch?v=lamDStgdiSQ&feature=share




Tengok klip ini, teringat aku dulu masa muda-muda dulu, pernah ditawarkan menjadi Jockey Lumba Kuda di Kelab Lumba Kuda Ipoh. Tak silap aku, kuda tu namanya Marshmallow. Dan orang yang menawarkan kerja tu pada aku bernama Abd Rashid dari Penang Turf  dengan kuda bernama Chestnut. Tapi aku kabur juga, ingatan aku tidak begitu baik dalam hal ini.

Tapi aku tolak lah, walaupun pada masa tu, gaji yang ditawarkan kepada aku, amatlah tinggi. $5k pada tahun 90an serupa 10k sekarang ini. Dan itu gaji dalam training. Kalau dah masuk race, boleh mencecah belasan ribu.

Lama juga duk pikir, tapi last sekali aku amik keputusan untuk teruskan cita cita aku menjadi secret agent. lagi pun, bekerja dengan aktiviti perjudian, memang konpom duit tu tak berkat. Masa depan yang tak menentu, dan risiko untuk cedera sangat tinggi.

No comments:

Post a Comment