Sejak akhir2 ini, isu halal sesuatu produk, amat sedap dan garing diperkatakan diruang ruang siber.
Macam-macam emel diperolehi. Macam-macam komen dalam forum dapat dibaca.
Bermacam produk dikaitkan dengan isu-isu yang menyebabkan terjadi nya efek ' butterfly in my stomach'.
Kalau mengikut cakap cakap org melayu zaman dahulu, " kalau tiada angin masakan pokok bergoyang", memang kita sebagai pengguna muslim kena amik pot juga apa yang berlaku.
Pada zaman revolusi internet ini, cukup mudah untuk kita dapatkan maklumat berkaitan status halal sesuatu produk itu. Dengan merujuk pada web jakim sebagai contohnya.
Satu isu yang lama diperkatakan adalah berkaitan dengan Kedai Nando's Chicken.
Mengikut ceritanya, kedai ini dikaitkan dengan penggunaan berus makanan dari bulu babi.
tapi cerita sebenarnya:
Salam, Pihak JAKIM telah melakukan siasatan ke atas premis Nandos berikutan aduan yang telah dilakukan. Daripada pemeriksaan, gambar/poster/banner yang menggunakan imej berus Pure Bristle telah dirakam di Afrika (HQ Nandos) untuk tujuan promosi produk mereka. Berus tersebut tidak digunakan di Malaysia dan pihak Nandos Malaysia hanya menggunakan berus nylon untuk tujuan yang sama. Pihak JAKIM telah melakukan siasatan pemeriksaan teliti dari aspek ramuan, peralatan,premis, proses dan tenaga pekerja keseluruhannya sebelum memberi pengesahan halal terhadap sesuatu permohonan.Rangkaian premis Nandos di Malaysia telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM. Pemegang sijil pengesahan halal JAKIM juga dimestikan mempamerkan sijil halal JAKIM di premis mereka. Harap maklum.
Oleh sebab itu, pada malam esok (sabtu) aku akan berada di Nando's Bangsar Village. Aku nak makan ayam. Siapa nak belanja aku?
http://www.nandos.com.my/index1.html <===== website nando's yang cute dan cantek
No comments:
Post a Comment