Hari ni pegi sarapan disebuah kedai makan kat tengah-tengah town. Aku makan roti bakar 2 keping ngan Kopi Jantan susu satu gelas.
Roti bakar tu, derang sapu kaya. Kira best jugak la... tak de la hangus, tak pulak lembik... sedang-sedang elok.
Kopi Jantan ni, memang namanya cam haremmm je. Tapi rasa dia best. Antara kopi paket murahan yang aku suka. Sebenarnya kopi ni aku tercuba ketika bersarapan dengan member aku tahun lepas. Dia racun aku suh test kopi ni.
Tiada side effect rasa seperti makan viagra atau rasa seperti lepas bersunat ke hapa. Yang itu cuma gimmick nya sahaja. Minum lah 600 peket pun, ianya tetap kopi dan bukan alat bantu untuk korang jadi superman ke hapa ke...... Rasanya juga tidaklah sesedap mana Cuma ianya rasa seperti Mild Cappuccino. Kira kena lah dengan taste aku. Dari aku duk hadap minum Nescafe Tiruan dan Kopi lemau yang cukup banyak di praktikkan di kedai2 makan.... baik aku minum kopi paket ni. Dah tentu, kurang pencemaran terhadap kandungannya.
Cuma jenis kopi paket ni, aku takut dia buh steroid je dalam tu. ramai jantan2 yang mengalami masalah tidak yakin pada diri sendiri, beli kopi bersteroid ni.... bahaya jang oiii...hehe
Tengah-tengah makan, tergigit roti pada bahagian yang kayanya tebal. Jadi aku pun otomatik terasa mulut macam comot sikit. Ye lah, pagi tadi, ramai jugak awek-awek beli kuih kat situ, so aku kena kontrol ayu lah kiranya.
Aku pun kabir* sama minah pelayan tu mintak tisu sehelai dua sebab kat atas meja, memang tak nampak pun kotak tisu. Minah tu dengan selamba je kasi tau sama aku, kedai tu tak de tisu. Dah habis 2-3 hari, tokey tak beli lagi.
WTH? Tisu ni kiranya, barang mesti ada dalam sesebuah kedai makan. Habis bodo pun, pakai je lah toilet roll tu... atau serviette klasik kaler pink tu.
Aku rasa macam failed je kedai tu.
Memang selalu aku jumpa ketika ini, kedai yang tidak menyediakan tisu. Kalau ada pun, disorok di tempat yang hanya tokey kedai je tahu. Kena mintak ngan pekerja, baru lah dapat sehelai dua.
Pada pendapat aku, kedai seumpama ini, tidak layak dikunjungi kali kedua dan seterusnya. Setakat tisu 2-3 helai, dia nak kemut sama dia punya customer, baik kita tak payah pergi langsung.
Aku kalau makan, memang perlukan tisu, terutama kalau makan di kedai bersama anak.
Pertamanya, tisu aku guna untuk kasi lap sudu dan garpu betul2. Derang tu bukan basuh pun. Cuma main lalu bawah air je....
Kedua, nak buat kesat mulut, idung, telinga dan bahagian2 lain yang comot dek kerana makanan. Terutama kalau bebudak tu dah start 'playing with their food'.
Ketiga, nak buat lap meja, terutama kalau minum ais. Gelas yg berisi ais, akan berpeluh. dan lama2 akan jadi banyak bertakung atas meja. Air peluh gelas tu akan mengalir dan kemungkinan kena pada baju/ seluar kita. Tisu, akan aku guna untuk serap air tersebut.
Keempat, buat tulis nombor telipun bagi kat awek yang tengah beli kuih tu..... hehe
Kesimpulannya, kalau kedai tu tak mampu nak bagi kat pelanggannya tisu 2-3 keping, baik korang toksah meniaga sebab korang ni jenis hampuras*.
Dan kita sebagai pelanggan, eloklah kita boikot kedai serupa itu.
* Kabir- Melambai
* Hampuras - Tidak berguna
No comments:
Post a Comment