So dengan izin yang Maha Kuasa, akhirnya dapat juga aku kesana bawak Junior.
Senang je nak pegi situ, Keluar hiway PD, jumpa Lampu Isyarat, korang belok kanan. Jalan dalam 3-4 KM, akan jumpa lah MTD ini disebelah kiri jalan.
Selain dari kafeteria, kat sini juga ada ekon. Kat luar sana panas membahang. Masuk tempat ekon, nyaman hidup ini... |
Sepanjang-panjang jalan tu, memang tempat tentera lah. Macam-macam markas, batalion ada kat situ. Rasa kagum juga melihat Fasiliti Tentera kita, walaupun cuma sepintas lalu dari tepi jalan.
Tempat parkir kenderaan dimuzium tu agak sempit, cuma ditepi tepi jalan, jadi pandai-pandai lah cari tempat yang sesuai. Masuk, pada hari tu, FOC je. Ada Kuanter di luar, tapi tutup tak berjaga.
Masuk pintu je, disambut dengan artileri-artileri kuno zaman Majapahit dan Kublai Khan. Kemudian, tersergam gagah Enjin Stim bewarna hijau. Kat situ saja, dah makan setengah jam. Junior suka betul dengan kepala keretapi. Die Hard Fan Thomas and Friends.
Stim Engine dan apa menda ntah... warna putih cam tu, biasanya menda ni di bawak untuk misi UN ( PBB) |
Meriam ntah berapa MM... |
Meriam moden |
Terdapat beratus-ratus relik kepunyaan ATM. Kebanyakkan darinya adalah yang telah Decommission dan tidak digunakan lagi kerana faktor usia ataupun telah mempunyai model gantian. Nama lagi muzium, mesti lah benda antik menjadi tarikan utama.
Kembalik perisai ini masih digunakan lagi, minggu lepas aku jumpa kat area tempat aku kerja. derang ada buat eksesais kat situ. |
Kalau dalam soklan Bahasa Melayu, ada soklan tanya pasal kereta kebal, Junior boleh lulus dengan cemerlang. |
Gambar yang Junior amik. |
Apa yang best kat sini ialah, semuanya bersifat Hands On Experience. Segala yang ada disitu, hampir semuanya, boleh dipegang, dipanjat, digigit, di tepuk , asalkan tidak mendatangkan kerosakkan kepada barang pameran. Gigi korang nak serpih kerana gigit tayar kereta kebal, derang tak peduli langsung. Gigit lah lagi terdaya.
Terdapat underground tunnel yang menempatkan ruamg pameran zaman darurat dengan PKM. Deorama yang menarik untuk dilihat, walaupun tunnel itu sedikit panas. Ada juga gambar geng geng komunis hancur muka kena bedil ngan M16 kita. Ngeri, tapi best!!!
Disudut terakhir, terdapat sebuah kapal terbang cargo ntah jenis apa aku tatau, Kalau tanya junior, dia tahu. memang dia ada mengomel pasal nama dan spesifikasi benda alah tu. Tapi aku duk sibuk tengok Awek askar duk berkawad depan pintu pagar. Tuff gila awek tu. Kalau lumba lari ngan aku, mesti aku kalah tiga tiang letrik. Kasut dia saja sama besar dengan beg Deuter aku..... betullllll.... tak tipu!!
Kargo |
Ada juga bangkai Tebuan yang berjaya dipulihkan dan menjadi bahan pameran. Tapi aku tak paham, apa kena mengena menda tu dengan ATM? Bukankah lebih relevan dengan TUDM ke?
Ramai diantara pengunjung ke muzium itu, adalah dari kalangan warga ATM sendiri. Ada yang datang rombongan satu bas semua rambut papas. Ada yang datang bawak anak bini. Ada juga yang datang bawak tunang. Pegang-pegang tangan atas meriam, celah-celah keta kebal, macam best je nampak derang merenyam time damai ni.....
Yang tak best pegi situ, tidak terdapat papan info bagi setiap bahan pameran yang ada. Memang nganga la, seperti 'Beruk tengok steering'. Ada banyak juga yang Junior tahu ( TQ Medal of Honor PS2 dan History channel) , boleh lah dia goreng sama aku. Sampaikan ada pengunjung lain tersenyum tengok dia becok mulut menceritakan spesifikasi setiap model yang dia tahu.
Apa-apa pun, pegi sini, satu pengalaman yang best dan berharga buat Junior dan aku sendiri. Tahun depan, masa besday dia, Junior kata nak repeat pegi situ....... ah sudah kerja!!!!
No comments:
Post a Comment