Masuk sahaja ke jalan ini, dengan gear 2 atau 1 ( Tgk jenis kereta yg dibawa pada hari itu), dari 5 km/j akan di pecut dalam masa 7 saat untuk mencecah 1ookmj. Ini terjadi oleh kerana bantuan cerun itu .
Tiada perkara lain yang harus diperhatikan pada ketika ini kerana dipenghujung lurus ini, terdapat sebuah "3 o'clock right hand corner" dan penunjuk kelajuan menghampiri 160kmj dengan Jarum RPM di kedudukan merah.
Jika memandu kereta yang tidak didatangi Traction Control dan ABS, membrek awal adalah pilihan terbaik dengan membiarkan sedikit oversteer pada permulaannya dan disudahi dengan power slide ketika keluar dari corner tersebut.
Jika memandu kereta yang satu lagi, sangaja ditekan berat pendikit untuk melihat lampu traction control di papan pemuka menyala dan tayar menjerit tanda protes kerana melebihi had yang dibenarkan.
Orang di sebelah, mata nya terbeliak dan mukanya pucat. Orang yang memandu, tersenyum puas kerana masih hidup dan tidak duduk senyap di celah celah rumpun sawit.
Tapi segala berubah, apabila pada suatu pagi, di radio, memutarkan lagu kegemaran aku . Aku memandu perlahan mendengar petikan gitar dari lagu tersebut. Pada satu detik, entah kenapa, aku melihat pada cermin pandang belakang, dan SubhanAllah, cantiknya......
Dan setiap pagi, aku tidak lagi laju dijalan itu kerana ingin melihat pemandangan yang cukup indah itu. Dengan jalan yang lurus dan mencerun dan dibarisi pokok sawit dikiri kanannya, Sang Matahari berada betul-betul ditengah-tengah jalan dengan apitan dari pepohon sawit.
Setiap pagi , ketika lalu, aku langsung tidak berkesempatan untuk amik sekeping dua gambar disebabkan jalan itu agak sibuk.
tapi pagi ini, kerana keluar terlebih awal, aku sampai ditempat kejadian ketika sekeliling masih gelap lagi. Aku keluar, memasang Lensa 55mm 250mm aku dan menetapkan ISO pada 1600.
1, 2, 3 ,4 dan ntah berapa banyak kali aku petik picunya untuk merakamkan kejadian matahari naik tersebut.
Malangnya, aku tidak berani berdiri ditengah jalan kerana lori-lori tanker Pahang Simen dengan enjin Scania, cukup laju dijalan ini, Kalau tidak, pasti aku boleh kasi tunjuk sama korang, matahari duk tengah-tengah jalan...
6.50 am.... Berkabus . gambar ni, nampak matahari tu macam senget ke kiri. Tapi kalau duk tengah-tengah jalan, Memang akan nampak matahari tu center diantara pohon sawit kiri kanan. |
7 00 am.... Terpaksa blah. Nanti orang cakap aku ni gila. Hehe... lagipun, dah lambat untuk punch card di pejabat secret agent. |
No comments:
Post a Comment