Manusia membuat perkara2 yang sangat-sangat mustahil dan meninggalkan keselesaan di atas empuk sofa juga kerana kepuasan diri. Manusia sanggup meredah padang pasir, padang salji , merentas laut hanya kerana.......... ?
Begitu juga perihalnya dengan pemilihan makanan. Manusia meninggalkan logik akal dengan memilih makanan yang berbahaya sedangkan, di serata alam ini, masih banyak makanan yang selamat dan sedap di makan. Yang bahaya jugak dipilihnya....
Berikut adalah jenis makanan yang berbahaya mengikut pandangan aku:
1. Fugu, Pufferfish, Si Buntal
Ikan ini mempunyai racun jenis tetrodotoxin yang mana ianya setakat aku google 10 minit yang lalu, masih belum mempunyai penawar. Racun ini duduknya di kawasan hati ,limpa dan organ dalaman ikan ini. Setiap tahun, masih terdapat kes2 kematian di jepun kerana ikan ini.
Tapi puak puak jepun ni, selamba makan ikan ini. Ianya satu hidangan yang mewah dan hanya boleh di sediakan pada seseorang yang mempunyai tauliah/ lesen dalam hal ini.Mereka ini dikehendaki menjalani kursus 3 tahun, macam nak amik diploma la pulak....
Tengok pun tak selera. Baik makan ikan patin masak tempoyak... tak pernah lagi aku dengar ada org kojol makan ikan patin.... |
2. Buah Ackee
Personally, aku tak pernah jumpa buah ni. Cuma bertahun sudah terbaca satu catatan berkaitan dengan buah ini. Terdapat seorang lelaki dari Kedah, yang pergi sambung study di Jamaica, isterinya mati kerana memakan buah ini. Menurut kata, buah ini berbahaya di bahagian bijinya. Tapi kajian lanjut, menunjukkan buah ini mesti di makan ketika betul betul masak. Kerana jika tidak, ia menyebabkan glukos tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan kandungan gula didalam darah menjadi rendah, dan menyebabkan seseorang itu sakit dan akhirnya mati. sebab itu lah, elok makan buah jambu golok je....
3. Ubi Kayu
Apa? Ubi Kayu?
Awak biar betul...... Wan saya makan ok je...
Haha... Tapi itu lah dia. Fakta!!!
Ubi kayu atau cassava merupakan satu tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan.
Ubi kayu ini mengandungi Cyanide yang cukup tinggi. Dan Cyanide ini merupakan antara menda yang cukup beracun pada manusia.
Sebab itu, ubi kayu ini tidak dimakan mentah. Proses memasaknya, menyebabkan kandungan Cyanide itu berjaya dikurangkan.
Aku pun, sebenarnya, tatau pun ubi kayu ni bahaya.... cuma terbaca dalam satu website tu.....
hehe... tobat dah tak makan ubi kayu lepas ni. (Bleh caya ke?)
Mengikut satu artikel, Org Puteh pelik pada kita orang malaysia yang siap bikin kerepek, bikin pengat.... kasi goreng, kasi rebus sama ini ubi... mereka cakap kita ni semuanya gila tak sayang nyawa....
Makanan kegemaran aku. Arwah tok aku memang suka tanam ubi kayu ni di sekeliling rumah... elok je orang tua tu tak mati keracunan ubi.... org putih gila dengki sama aku punya ubi kayu. |
4. McDonald's
Ye tepat sekali !!!! Pembunuh nombor satu di Amerika bukan 'drive by shooting' atau 'drink and drive' atau kes-kes bunuh CSI....tapi ianya adalah makanan segera!!!! Ketuanya adalah Mekdonal...
Amerika dikenali sebagai The Capital of Fat People atau The Fast Food Nation.
Perasaan craving kepada kentang goreng, burger tinggi lemak dan air berkarbonat 3 kali sehari merupakan sama bahaya dengan racun tetrodotoxin cuma ianya bertindak dengan sangat perlahan dan memakan masa......
Org puteh lagi bodo makan menda ni 3-4 kali satu hari pastu ada hati kutuk ubi kayu kesayangan aku..... |
No comments:
Post a Comment