Kalau ada satu gitar dalam dunia ini yang aku paling-paling kehendaki adalah gitar ini; Zakk Wylde Bullseye ( Epiphone) Les Paul Custom.
Sebenarnya, aku bukan lah cerewet sangat bab gitar ni. bagi apa pun, aku main je. Resam orang tak pandai, memang macam tu.
Tapi bila bercerita pasal gitar impian, gitar ini duduk nombor satu dalam wanted list aku. Dulu-dulu, aku menggemari gitar Jackson. Tetapi selepas aku bertemu dengan gitar ini, cinta aku kepadanya tidak pernah luntur. Gitar ni tidak lah semahal mana pun. Dalam RM3 ribu je. Tapi, kumpul-kumpul, tak pernah cukup. Ada je menda lain nak buat.
Tapi itulah cinta sejati namanya. Mana ada mudah. Kena berusaha, dan kena mempunyai kepercayaan terhadapnya.
Sakit rindu, memang kena kasi harung dulu.... dan, apabila sampai masa bersatu nanti, memang kena dakap tak lepas.
Bila aku dah beli gitar ni nanti, aku akan amik cuti 3 hari sebab aku nak main 3 hari 3 malam, berenti untuk solat dan makan je.... tidur pun aku tak mau.... kena kasi settle hutang rindu dulu.
Gitar ni, tiada yang spesel melampau pun, kecuali pada graphic dan hardware nya. Penggunaan dua pikap humbucker memberikan tone berat yang sesuai dipadankan dengan gitar berbadan 'Fat n Heavy' ini. Struktur badan hampir bulat Les Paul, memberikan penghasilan bunyi optimum yang paling jelas di antara kebanyakkan gitar yang ada.
Ringkas kata, kalau aku memerlukan sebuah gitar yang boleh menghasilkan bunyi seketul seketul, aku pilih gitar ini.
SPEC SHEET:
Pickups: EMG 81/85
Hardware: Gold
Scale: 24.75"
Nut Width: 1.68"
Neck: Glued In / Set / Hard Mapel
FB-Inlay: Ebony-Block
Body Material: Mahogany
Tailpiece: Locktone Stopbar
Finish: Antique Ivory (Bukan Yellow seperti kebanyakkan orang pikir)
Lagu ni dah jadi ringtone enset bukan Iphone aku.....
http://www.youtube.com/watch?v=rYMupc564zE&feature=related
No comments:
Post a Comment